Friday 18 December 2015

Teori Kekacauan (Chaos Theory)

Hai and fuck you guys! Okay, untuk post kali ni gua nak cerita pasal satu teori yang gua baru tahu. Sial teori ni dah keluar 55 tahun lepas harini gua baru tau? Dan, gua berani bet dengan semua duit dalam wallet gua yang SOME of you guys pun baru tau teori ni atau mungkin pernah terdengar. Teori ni cool as fuck! Semua yang gua tulis ni bukan dari teori gua sendiri. Gua just baca dari wiki/blog/filem/video games. Gua cuma baca dan summarizekan ke bahasa dan example yang lagi mudah. Susah juga sebenarnya sebab kebanyakkan post dari Indonesia, dan bahasa diorang waduh agak sedikit berbeda gitu. Okaylah, sembang panjang panjang dekat intro pun bukan lu orang suka kan.

Okay, first! Apa yang dimadsudkan dengan CHAOS dalam konteks ni? Kekacauan? Apa yang kacau? Makwe lu kena kacau ke? Makwe lu cute macam liv tyler ke sampai ada orang nak kacau? kkkk sorry sorry.

CHAOS- Satu sistem dinamik yang agak sensitif terhadap nilai awal dan mustahil untuk di-predict                     dalam jangka masa panjang.


Sistem dinamik tu apa ye? - Sistem dinamik tu madsudnya suatu sistem yang bergerak seiring dengan                                               waktu. Contoh, Sistem Cuaca/Sistem Suria.


Siapa yang discover term ni? - Mamat yang first sekali buat eksperimen pasal chaos theory ni nama dia EDWARD LORENZ. Term ni dia discover pada tahun 1960 (Sekitar 1962 kot). Mamat ni meteorologis.

Time tu, mamat ni berbekalkan 12 mathematic equation (adalah equation berkaitan dengan scope kerja dia tu takde pulak dia nak explain pelancau an). Equation yang dia ada tu dijadikan model atau (rujukan?) untuk predict sistem cuaca. Aku lupa komputer jenis apa dia pakai tapi komputer tu digunakan untuk lukis polar graf dekat kertas. (Mungkin dia masukkan nilai kat dalam komputer tu pastu dia adalah connect ke hardware lain untuk sketch graf atas kertas, gamaknya gitu ler. Mengkome imagine sendiri le camne).

Mula-mula dia masukkan nilai/equation yang 1st, 0.506127 kat dalam komputer tu kot. Lepas tu dia blah. Hmm, ngeteh barangkali. Lepas tu dia datang balik. Untuk cepatkan kerja dia, dia masukkan nilai kedua, tapi kalini dia neglect titik perpuluhan. Sikit je beza dari nilai yang pertama. SIKIT SANGAT. Iaitu, 0.506. (neglect 0.000127). Mamat ni ingat dengan beza sedikit gila tu perbezaan graf pertama dengan kedua tak banyak lah, sikit jelah berubah. Dia silap besar bai, banyak beza dia.



                                             Chaos Graph- Nuck rum guh beza 0.000127 je

See, beza dia berapa banyak tapi polar graf yang terhasil atas kertas tu jauh dari expectation dia.

Dalam satu sistem yang sama, kalau nilai awal sistem itu = 0.9999, jika diabaikan 0,.0009 sekalipun, akan menyebabkan bencana besar di kemudian hari (SECARA TEORI)

Menurut bro lorenz, agak mustahil untuk kita meramal cuaca sebab kita taktau nilai nilai awal yang tepat. (Or maybe kita memang takkan tau sampai bila-bila)

Dan, para ilmuwan/ahli fizik sekarang tengah berusaha untuk mencari macam mana sistem ni bekerja dan tuliskan ia ke dalam bentuk matematik!

Dan mengenai butterfly effect. Sebenarnya kita hidup ni atau kondisi yang kita miliki sekarang ni pun hasil dari keputusan/tindakan orang lain. Mungkin ja sekarang kita dah mati kalau seseorang dekat luar sana, dimana-mana tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kematian kita.

xxx

Kepakan sayap kupu-kupu SECARA TEORI menyebabkan perubahan-perubahan yang sangat kecil dalam atmosphere bumi. Samaada MENGUBAH/MENUNDA/MEMPERCEPATKAN/MECEGAH tornado di tempat lain dari berlaku.

Kome tak paham macam mana itu butterfly effect kan?? Okay let say,

Aku dalam perjalanan nak pergi banting jumpa awek. Masa dalam perjalanan tu, air botol coke yang aku minum habis. Disebabkan aku ni jenis pemandu yang uneducated (ehem, dalam example ni je) aku buang botol tu kat tepi jalan. Benda remeh je kan? Buang sampah tepi jalan macam bukan big deal pun kan?. Lepastu dalam satu jalur masa yang sama, ada lah sorang mamat ni bawak motor lalu jalan yang aku dah lalu tadi. Then dia terlanggar botol yang aku buang tadi, tergelincir, hilang kawalan pastu terjatuh dan kepala dia terhantuk kuat dekat atas jalan. Meninggal sebab frontal lobe dia cedera teroksss. Disebabkan satu perbuatan remeh iaitu buang sampah, Satu orang meninggal. Isteri dia dapat duit insuran dari peristiwa tu, pastu duit yang dia dapat tu digunakan untuk tanggung kos belajar anak dia dekat universiti. Pastu anak dia grad with flying colors. Dapat pekerjaan yang gaji dia mewah gila dan dijaga ibunya sehingga ke akhir hayat. Happy ending. Cliche as fuck. BOOOM BUTTERFLY EFFECT UPDATED!

So faham dah sekarang? Madsud butterfly effect ni, small action pun boleh lead to big result.

Satu tindakan yang kau rasa tak menghasilkan apa apa sebenarnya dah mengubah hidup orang lain. Di mana-mana. Lepas ni janganlah hampa benak sangat pi buang sampah tepi jalan sebab nak selamatkan life orang lain.

Dan, aku percaya yang every decision yang aku dah buat dulu sedikit sebanyak dah mengubah jalan hidup seseorang. Dimana-mana. Ke arah lebih baik or buruk tu aku tak sure lah. Dan, setiap dari kita dipertemukan jugak hasil dari butterfly effect ni jugak! BROS BEFORE HOES! MASTURBATE BEFORE ASK HER TO DATE!

Okay, aku nak sentuh sikit macam mana aku boleh jumpa pasal teori kekacauan ni (Chaos theory)

Life Is Strange (Game)

Video game developed by dontnod entertainment and published by square enix. Cerita pasal sorang minah nama max cauldfield, Dia ni dak fotografi ah. Dia ada ability to rewind time. Dia dapat tau dia boleh rewind time bila dia kat dalam toilet. Lepas dia tangkap gambar kupu-kupu biru guna kamera polaroid One-Step 600 kot. Tiba tiba sorang mamat psiko nama nathan masuk dalam toilet pompuan. Dia ni suka hati je nak masuk toilet pompuan sebab bapak dia own the school. Bukan sekolah je bandar siap. Then, max ni pun menyorok lah kat tandas paling hujung. Pastu kawan dia, chloe price masuk dalam toilet tu ugut budak psiko tu supaya bagi dia duit kalau tak dia heboh yang si nathan ni jual drugs kat sekolah. Si nathan psiko ni bawak pistol time tu, then plan tak jadi macam yang chloe nak, mamat psiko ni tak tahan kena ugut dia terus tembak si chloe ni. Then max yang menyorok tadi jerit NOOO! Then dia tak sedar dia dah ter-rewind masa.

                                     
                                         Hah tangan dia cengginilah masa dia rewind time tu

Apa yang butterfly effect nya? Ingat! EVERY ACTION THERE'S A REACTION


  • Max ada ability untuk rewind time tapi ada limit masa dia, mungkin dia boleh rewind kurang dari sejam masa kebelakang.

  • Dan, setiap kali ada decision hang kena buat, dia akan update butterfly effect lepastu. Kalau baik keputusan hang, baiklah jalan cerita. Kalau tak? Maybe hang dah fuck up kan ending or story lines kau.

  • Max boleh patah balik ke masa silam dengan cara MERENUNG GAMBAR POLAROID YANG DIAMBIL. So, dia akan kembali ke masa dia snap gambar tu.

  • Max patah balik ke masa dia kecik untuk selamatkan ayah kandung chloe dari accident (Chloe ni bestfriend max dari kecik lagi). Dia berjaya. Yes she did it. Tapi ada penalti, madsudnya ada kesan lain. Dia balik ke masa depan, dia pergi ke rumah chloe, ayah kandung dia wujud/hidup (hasil dia selamatkan ayah chloe kat masa silam dulu) TAPI!, Kawan dia chloe, yang mengalami kecelakaan. Chloe accident. Dan tu kesan dari dia ubah masa silam.

  • Banyak kali dah max selamatkan chloe, dan setiap kali dia rewind masa, dia dah ganggu sistem atmosphere bumi, sistem non-linear terganggu. Dan, ending dia tornado tu terhasil, hasil daripada max yang rewind/ubah past event.




The Butterfly Effect (Film)

Aku baru je tonton movie ni semalam. Jalan cerita dia menarik, mudah nak paham. Dia tak macam project almanac yang agak complicated. Cerita dia pasal time travel jugak. Cuma cara dia agak berbeza dengan Life Is Strange. LiS balik ke masa silam guna gambar polaroid dia. Tapi cerita ni, mamat ni patah balik ke masa silam dengan membaca diari yang dia tulis masa kecil.



  • Mamat ni balik ke masa silam untuk tolong kawan kawan dia (ada yang depressed sebab masa silam)

  • Okay, aku cerita ringkas je lah sebab movie ni aku baru tengok semalam so masih teringat ingat balik macam mana cerita dia.

  • Ada sorang kawan dia ni, nakal nak haram ah. Pergi letak mini dynamite kat dalam mailbox orang. Pastu datang sorang pompuan ni dengan baby nak bukak mailbox tu. BOOM! So, dia nak ubah event tu, dia balik ke masa silam dengan baca diari yang dia tulis, Then, dia tersedar dia ada dekat sana tengah menyorok di sebalik pokok dengan kawan kawan dia. Dia lari pergi sana jerit dekat pompuan tu jangan datang dekat mailbox. Tapi mamat ni berdiri dekat dengan mailbox tu, then BOOM UNTUK DYNAMITE TU dan BOOM! BUTTERFLY EFFECT UPDATED. Ya, dia berjaya ubah masa silam tu, pompuan tu dengan baby dia tak meninggal. Tapi bila dia balik ke masa depan. Tangan dia kudung. Sebab dari event tu!


Project Almanac (film)

Okay, cerita pasal sorang mamat genius dengan kawan dia 2 orang. Mula mula cerita dia pasal dia nak masuk universiti apa benda ntah yang lagi hebat lah. Sebab mamat ni pun genius, kenapa nak kena duduk dekat sekolah biasa an. So satu hari dia pergi loteng kat rumah dia, dia terjumpa camcorder bapak dia yang lama. Dia tengok video kat dalam tu, video harijadi dia yang ke berapa ntah, dia tengok betul betul video tu, ada satu part tu dia nampak diri dia yang sekarang ni ada kat dalam video yang dirakam masa dia kecik. So, dia pergi basement rumah dia dah terjumpa satu device/machine yang tak complete lagi. So, dia bina satu time machine. Dalam bentuk beg. Dia berjaya balik ke masa silam. Cara dia ke masa silam dengan just masukkan tarikh yang dia nak pergi tu then PUFFF! Kalau tengok movie tu lagi banyak dia rewind time/alter atmosphere. So, movie tu agak fucked up jugak ending dia sebab aku tak berapa nak paham. Aku rasa diorang stuck dekat time loop.







Time Loop- time loop or temporal loop is a plot device in which periods of time are repeated and re-experienced by the characters, and there is often some hope of breaking out of the cycle of repetition.

Okay aku rasa tu jelah kot untuk teori kekacauan ni, macam mana teori ni wujud, contoh yang aku rasa mudah kot. So yeah!








Friday 2 January 2015

Terbaik Dari Langit


Alright. Good evening or goodnite to some. Okay, actually ini post aku yang pertama ( Sebenarnya yang kedua sebab aku delete first post tanpa sebab yang munasabah) . So, post kali ini aku nak sembang pasal scene scene dalam filem Terbaik Dari Langit. Okay, aku dah tonton filem ni dekat wayang 2 KALI. Kalau aku tengok filem ni 10 kali pun  aku rasa masih rasa berbaloi lagi sebab jalan cerita dia yang lain dari filem melayu lain, so yeah! Okay, pelakon dalam filem ni bront palarae sebagai berg. Berg ni dalam cerita ni dia cakap dia taknak jadi different. Dia nak jadi diri dia sendiri, kalau mana yang dah tonton, berg ni dia nak buat cerita pasal UFO, sebab masa dia sekolah asrama dulu, ada scene yang dia ternampak cahaya (seakan akan ufo, aku rasa memang ufo pun). So, bermula dari situ lah sampai ke besar berg dengan projek dia. (Berg nak habiskan apa yang dia dah mulakan). Okay, berg pun ada kawan jugak, Amerul Affendi sebagai toyu. Toyu ni jenis blur blur sikit, lack of confident jenis takut takut nak buat keputusan. Lepas tu, ada Megat Shahrizal sebagai Ali. Si Ali ni dia ada problem sikit sejak dari sekolah menengah lagi dengan Ijam Ashburn lakonan Iedil Putra. Kira konflik depa ni sampai ke besar panjang pun duk gaduh lagi. Dan last sekali, Nadiya Nissa sebagai sofia jane. Lakonan dia ni comel comel, banyak scene dia dengan toyu.

Okay, aku taktau nak cakap ni apa, ulasan ke, pendapat ke tapi yang penting aku nak sembang pasal scene scene dalam filem ni, okay.

Scene toyu, berg, ali, dan ijam dekat asrama masa scene mulaaaa sekali tu. Scene tu ingatkan aku masa aku duk asrama dekat kolej. Saya ulangi kolej. Bukan sekolah sebab masa dulu emak aku tak bagi pergi asrama nanti duduk jauh rindu katamyaaa. Scene tu walaupun tak lama cuma scene dia berlari sebab diorang ingatkan warden kejar, tapi scene tu bagi aku feel duduk asrama dulu. Okay tu first time masa kolej aku duduk asrama dan aku rasa member member aku dekat kolej tu memang memang memang best. Kalau korang baca post dekat blog ni, mesti kau akan ingat time bufday pojang semua lari separuh bogel keliling kawasan kolej dengan bogelnya kejar nak simbah air time bufday dia tu.Okay aku rasa dah lari tajuk. 

Scene masa diorang dah sampai dekat tempat yang nak shooting tu, macam dekat kawasan bukit mati tu. Okay scene tu dia start shooting, time tu ada yang buat hal,tapi time scene yang sofia jane amek bulu mata toyu yang jatuh pastu letak dekat kepala tu, sofia cakap kalau bulu mata jatuh ada orang rindu. Aku pun taktau nak percaya ke tak, ada ja bulu mata aku jatuh tapi aku rasa ibu aku yang rindu aku tu. Scene tu sweet boleh kena kencing manis kalau tengok lama lama.


Okay, sebenarnya aku puji gila gila lakonan pelakon dalam terbaik dari langit ni, depa berlakon bersungguh boleh nampak dekat situ. Banyak scene  yang boleh kata memang best lah. Tapi satu scene ni buat aku sikit lagi nak nangis dalam wayang. Scene berg (bront palarae) peluk Allahyarham pak ajis ( Aziz Satar). YAAAAAAA TUHAAAAAN, mahalnya scene ni, okay memang nak nangis tapi sebab ramai orang dan aku lelaki pulak ego tinggi. Gila kau! Okay scene ni aku boleh rasa kan feel masa berg peluk pak ajis, pelukan tu macam pelukan kau dah lama tak jumpa someone tu, lepas tu kau peluk erat dan feel tu sampai. Scene ni antara sebab aku nak pergi tengok dekat wayang lagi dan lagi. Ohh ya, ada lagi satu scene yang ijam pecahkan kamera berg, lepas ijam pecahkan tu, ada scene berg kutip balik serpihan kamera dia yang berkecai tu, kalau kau tengok muka berg time tu, muka sayup, kecewa muka dia lebih kurang dengan gambar atas ni hah, punyalah expression muka dia aja dah sampai feel tu. Aku taktau nak cakap apa, maybe kalau korang dah baca post ni time tu Terbaik Dari Langit dah tak main dekat wayang dah (Rugilah deme woii). Sebenarnya banyak lagi scene aku nak sembang tapi sebab aku tulis post ni time pukul 3:33 AM, so mata pun rabak. tak boleh nak tulis lebih lebih. Kalau tulis lebih lebih karang korang jeles yelah mana yang dok adore filem mat salleh tu yang baru tau filem terbaik dari langit ni best meroyan satgi.

Okay, lagu yang dalam filem ni dari band PITAHATI, nama lagu dia SAHABAT. Lagu ni lah yang ingat kan balik nostalgia masa sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej. Lagu sempoi, yelah asyik layan ke lagu lagu pierce the veil, sleeping with sirens and mayday parade ja pun tak boleh jugak. Okay, tu jelah post untuk harini, rasa excited actually post blog ni, engko post engko baca. Okaylah nanti dah tua takde benda nak buat bolehlah tunjuk ke cucu post post atok dia time muda mudi dulu. Okay, have a great day! Bye!